Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz

Datuk Wan Mohamad Dato' Sheikh Abdul Aziz dilahirkan pada 23 April 1953 di Imbaba, Kaherah, Mesir. Wan Mohamad merupakan anak sulung kepada bekas Kadi Besar Kerajaan Negeri Kedah, Almarhum Dato' Sheikh Abdul Aziz dan Hajjah Awatef Al-Wasef. Wan Mohamad merupakan bekas Ketua Pengarah JAKIM (2006-21 April 2011). Beliau digantikan oleh Othman Mustapha. Wan Mohamad berkhidmat selama 33 tahun dalam perkhidmatan awam.Pernah berkhidmat dalam beberapa bahagian jabatan seperti di BAHEIS Jabatan Perdana Menteri, Atase Agama di Malaysia High Commission di London, Darul Quran JAKIM dan JAKIM Putrajaya. Meskipun sudah bersara dari perkhidmatan kerajaan, Wan Mohamad kini bergiat aktif dalam beberapa badan NGO di dalam dan luar negara selain dilantik menjadi panel penasihat dalam beberapa agensi kerajaan dan swasta. [1]